About Me
Saya adalah peminat e-book dan juga ahli perniagaan separuh masa. Minat saya dalam membuat koleksi e-book amat mendalam kerana saya berpendapat ianya adalah satu cara terkini dalam mendapatkan maklumat. E-book berkemungkinan akan menggantikan buku -buku biasa kerana dengan e-book anda boleh berinteraksi dan mendapat gambaran atau penerangan yang lebih baik.
E-book dapat dimasuk kan gambar bergerak dan link-link tertentu untuk memberi pemahaman yang dimahukan.
Saya banyak membuat “surf” dan mencari informasi mengenai sesuatu e-book di dalam internet namun saya mendapati agak kurang laman web yang memberi informasi mengenai e-book seperti yang saya mahukan.Kebanyakkannya cuma memberi gambaran ringkas tetapi setelah saya membeli e-book tersebut agak menghampakan. Banyak juga saya mengalami kerugian. Namun atas minat mendalam saya masih lagi terus mencari dan membeli e-book di pasaran internet .








