Asas Perniagaan Internet
Asas Perniagaan Internet
Apa dia Perniagaan Internet?
Perniagaan Internet bukanlah Program Menjana Wang secara Mudah .Perniagaan Internet bukan program masuk sepuluh ringgit kemudian mencari mangsa yang lain untuk menyertai anda dengan harapan mendapat sedikit bahagian dari penyertaan mangsa tersebut.
*maaf kalau saya katakan sebagai mangsa kerana sememangnya mereka merupakan mangsa kepada program buat duit bikin duit di internet.
Perniagaan internet bukan skim cepat kaya dan bukan skim buat duit cepat . Secara mudah, perniagaan internet hampir sama dengan perniagaan biasa cuma menggunakan medium internet sebagai alat mencari pasaran dan jualbeli.
Dengan memulakan perniagaan internet ibarat anda membuka sebuah kedai jualan di pasaran maya.
Kelebihan Perniagaan Internet
Antara kelebihan yang utama ialah:
1. Perniagaan anda beroperasi 24jam tanpa henti.
2. Tak Memerlukan Modal Yang Tinggi ,
3. Risiko kerugian yang minima
4. Kurang kos pekerja.
5. Boleh dibuat dari rumah anda sendiri.
6. Tidak mengira umur atau usia
7. Tak perlu pendidikan tinggi
Banyak lagi kelebihan lain bergantung kepada apa yang anda jual di internet.
Apa yang boleh anda jual ?
Seperti mana kedai-kedai biasa di dunia ini berbagai benda dan perkara boleh dijual di internet.Sama ada ianya barangan fizikal ataupun bukan. Namun kelebihan Perniagaan Internet anda juga boleh menjual barangan yang tidak boleh dipegang oleh tangan anda atau nama lainnya barang digital maya.
Contoh barangan digital maya ialah seperti e buku, perisian komputer,penyedia tapak web, video,muzik dan foto.
Model asas Perniagaan Internet terbahagi kepada 2 yang utama:
1. E Commerce dan Web Pemasaran- kategori ini termasuklah e-shop,blog dan web jualan.
2. Pemasaran Afilliate dan Dropshipping – dimana anda tidak memiliki barang tersebut dan anda bertindak sebagai wakil penjual memasarankan barangan yang dimiliki tuan punya barangan dan mendapat komisyen atas usaha anda.
Perniagaan Internet merupakan satu kerjaya yang sedang berkembang pesat . Banyak peluang yang boleh anda dapati dengan memulakan Perniagaan Internet. Dengan adanya sistem pembayaran elektronik dan kemajuan sistem internet yang semakin laju ,perniagaan internet merupakan lubuk emas bagi ramai ahli perniagaan kini.Malah semakin ramai yang telah berjaya bergelar jutawan dengan menjadi ahli Perniagaan Internet.






