Giveawayoftheday.com domain expired?
Giveawayoftheday tak dapat diakses ,domain ditamatkan?
Saya pernah membuat artikel mengenai Giveawayoftheday.com,sebuah portal istimewa yang sentiasa memberikan software percuma setiap hari secara sah.
Bila domain Giveawayoftheday.com ditamatkan sertamerta adalah amat mendukacitakan. Domain Giveawayoftheday.com ditamatkan kerana masalah teknikal.
Apa yang difahamkan pihak giveawayoftheday hanya bergantung pada sistem autorenewal untuk menjaga domain mereka.
Melihat situasi ini kadangkala sistem ciptaan manusia akan gagal pada satu-satu masa. Tak mungkin domain yang begitu popular dibiarkan ditamatkan begitu sahaja.
Mengharapkan sistem auto semata-mata adalah kesilapan besar manusia.
Berikut adalah petikan yang dikeluarkan oleh pihak Giveawayoftheday:(dalam Bahasa Inggeris)
November 1, 2010
GOTD is expired?..
Hello everybody,
we are aware of the situation with Giveaway of the Day site and are sorry for the inconvenience. Our domain record domain was supposed to auto-renew but failed for some reasons that have yet to be investigated.
Let us assure you that domain has successfully been renewed, still the system needs time to get the site back to proper work.
For those users who still experience problems with access to GOTD, please stay on-line or try to reach us in several hours. We will finally be back!
Have a nice day!
GOTD project team
Sebagai tauladan bagi kita:
1. Sistem komputer dan internet maya masih rapuh di dalam dunia ini.
2. Jangan terlalu bergantung pada sistem automatik dalam internet maya.
3. Sentiasa melihat dan memeriksa laman web kita ,akaun web kita dan berkaitan secara berkala.
Moga pihak Giveawayoftheday.com dapat menghidupkan kembali portal ini kerana ianya salah satu portal yang bermanafaat dan terbaik.





