Informasi Overload!

Untuk memulakan satu perniagaan dalam internet adalah sukar. Ia menjadi lebih sukar sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman langsung dalam Perniagaan Internet.

Anda mungkin tidak tahu di mana anda hendak bermula atau arah seterusnya. Anda kemudiannya akan melayari internet dan mencari maklumat- maklumat yang akan membantu anda untuk bergerak ke hadapan.

Sepanjang melayari internet,, anda mencari bermacam-macam benda – kebaikan dan keburukan, tetapi sebagai orang baru yang nak bermula, anda tidak tahu bagaimana hendak mengenal pasti yang adalah hal yang baik dan hal berunsur penipuan dan ‘scam’.

Anda menyertai laman web berkaitan dan , anda mula memuat turun berbagai produk percuma  dan membeli apa yang diwar-warkan dalam lama web ataupun promosi mereka.. Mereka berjanji untuk mengajar semuanya mengenai bagaimana membuat duit melalui perniagaan internet!.

Tetapi kebanyakan daripada produk-produk ini dibebankan maklumat tidak berguna begitu juga bantuan yang anda perlukan tidak seperti yang anda inginkan.Anda akhirnya tidak berganjak kemana-mana.

Anda terus berusaha mencari lagi ,melayari internet dan memuat turun berbagai produk percuma dan membeli berbagai produk yang di sarankan oleh mereka yang ingin sentiasa menjual produk kepada anda.

Anda semakin keliru dengan jumlah ebook ,software dan info produk yang semakin banyak di dalam ruangan ‘hard disk’ anda.


Inilah yang dikatakan ‘Information Overload’!.



Akibat ini, anda tidak tahu apa nak buat kerana satu fikiran keliru kerana tidak pernah dapat melaksanakan sesuatu. Anda cuba melakukan perkara-perkara yang terkandung dalam produk, tetapi semua maklumat dalam fikiran anda telah di penuhi dengan berbagai perkara  dan melumpuhkan penumpuan anda. Ini sebenarnya adalah kesilapan besar dalam usaha anda meneruskan Perniagaan Internet anda.

Ini merupakan satu keadaan sukar untuk mengatasi, tetapi ia adalah mungkin jika anda tahu apa nak buat. Di sini adalah beberapa tip-tip yang baik untuk anda ikuti:

1. Anda perlu merehatkan diri anda dan lapangkan fikiran anda. Anda perlu membuangkan semua maklumat palsu yang anda rasakan tidak sesuai dengan anda dan mula menumpukan dengan maklumat  yang benar-benar anda perlukan sahaja.”Unsubscribe” langganan email yang tidak membantu anda tanpa befikir dua kali.    Lakukannya!


2. Kenal pasti kedudukan dan kehendak anda dan apa yang anda perlukan untuk terus kehadapan dalam merealisasikan impian anda.Ini adalah langkah pertama anda umtuk terus mencapai impian anda .Kemungkinan anda memerlukan sebuah laman web atau satu ‘autoresponder’ atau sebagainya yang berkaitan.Setelah anda mengenal pasti apa yang anda perlukan mulakan kerja anda dengan menumpukan  apa yang anda mahukan tanpa gangguan. Apa yang anda perlukan di sini ialah plan tindakan dan misi anda.

3. Tiada sesiapa memaksa anda untuk menyertai apa jua ‘news letter’ , untuk muat turun atau membeli perkara,Iia adalah keputusan anda sendiri dan ini merupakan tanggungjawab saudara.Sebelum muat turun atau membeli sebarang produk fikirkan apakah anda memerlukannya ?Adakah produk ini akan membantu anda melangkah ke hadapan?

4. Selalunya jawapan bagi soalan di atas adalah ‘Tidak’. Jika produk tersebut berkemungkinan bagi anda membantu anda ,apa salahnya anda ‘bookmark’ dahulu laman web tersebut. Anda perlu ingat bahawa dunia internet semakin berkembang dalam tempoh masa yang singkat. Produk baru akan lahir pada setiap masa .Setiap hari ujud teknik dan strategi terbaru mengikut perkembangan dunia tanpa sempadan..Produk terbaru hari ini akan menjadi sebuah produk lama dan ‘outdated’ pada keesokkan harinya. Muat turun atau beli apa yang hanya anda akan membantu anda kini dan terus mempraktikkan apa yang anda pelajari melaluinya.

5. Setiap hari,pada malamnya catatkan pekara  paling penting anda perlu melakukan esok agar anda sudah tahu apa yang anda ingn buat esoknya untuk mengelakkan ‘distraction’ atau gangguan.

6. Periksa e-mel anda hanya  2 atau 3 kali sehari. Membuka dan membaca email boleh menjadi satu tabiat yang buruk. Ia adalah satu tugas sampingan sahaja dan tidak begitu penting untuk membantu anda untuk bergerak ke hadapan. Jangan sesekali memeriksa e-mel anda di permulaan bagi hari kerja anda kerana ia akan membazirkan banyak masa dan ia akan mengganggu anda. Jika anda melakukan ia berkemungkinan anda akan membuat satu lagi agenda yang lebih berkemungkinan anda tak memerlukannya sama sekali.


Adalah diharapkan anda boleh mendapat manafaat dari artikel ini.Pekara-perkara di atas adalah antara perkara asas yang penting untuk anda terus maju dalam bidang tanpa sempadan ini.

Sekian dulu,

Taufik Ramly aka danielave

Share/Save/Bookmark

Tagged As:

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Reply