Mencari yang terbaik dari Giveawayoftheday
23 02 2010Giveawayoftheday merupakan sebuah portal yang memberikan berbagai perisian percuma untuk kegunaan PC. Setiap hari berbagai aplikasi percuma ditawarkan. Kesemua perisian yang diberikan oleh Giveawayoftheday merupakan perisian yang legal atau sah dan diberikan dari pembekal,pembuat atau pereka perisian itu sendiri.
Mereka memberikan perisian-perisian tersebut dengan berbagai tujuan antaranya sebagai promosi untuk portal mereka , menilai pasaran dan memberikan pengunjung peluang untuk menggunakan aplikasi software yang diberikan atas tujuan melihat keberkesanan perisian mereka.
Bagi Giveawayofheday, laman web ini memberikan peluang luas kepada pemilik perisian mempopularkan perisian mereka dan menguji sejauh mana penerimaan aplikasi mereka kepada umum. Pengunjung pula boleh mendapatkan perisian peralatan dalaman PC idaman mereka dengan sah tanpa perlu membeli dengan harga yang mahal dan boleh juga memberikan pendapat mengenai sesuatu perisian yang mereka muat turun.
Proses muat turun juga cukup mudah kerana menggunakan “direct download connection” terus melalui laman web
Giveawayoftheday. Walaubagaimanapun pengunjung perlu peka terhadap perisian yang diberikan percuma kerana
pihak Giveawayoftheday cuma memberikan masa 24jam untuk anda memuat turun dan mengaplikasikan perisian
yang anda dapati. Andainya dalam masa 24jam tersebut anda belum lagi menggunakannya, maka perisian tersebut tak akan dapat dipasangkan langsung.
Walaupun saya banyak membeli berbagai aplikasi dan e produk namun kadangkala saya masih memuat turun perisian percuma yang menarik dari laman web ini. Berikut merupakan antara beberapa aplikasi yang saya dapat dan sedang gunakan dari portal ini:
+ECover Engineer
+Insofta 3d text commander.
+Sothink SWF to Video Converter
+PDFZilla
Saya tidaklah memuat turun kesemua aplikasi yang diberikan setiap hari. Saya sentiasa memilih perisian yang penting sahaja mengikut kegunaan dan keperluan saya sebagai “Internet Marketer“. Pemilihan aplikasi amat perlu dan dibawah ini sedikit tip untuk anda memilih aplikasi yang terbaik dari laman web Giveawayoftheday.
1. Jangan terus memuat turun sesuatu aplikasi/perisian ,tunggu lebihkurang 6jam dari masa aplikasi yang diberikan percuma.Tujuannya anda boleh melihat dan membaca komen yang diberikan oleh pengguna lain yang memuat turun aplikasi ini dari Giveawayoftheday.Kadangkala ada juga aplikasi tertentu yang mempunyai konflik dan masalah.
2. Lihat website pemilik aplikasi/perisian tersebut untuk mecari kegunaan terperinci sesuatu aplikasi. Laman web pemilik perisian boleh anda lihat melalui link “Homepage” yang diberikan.
3. Buat carian di laman web carian seperti Google atau Yahoo untuk menentukan sama ada sesuatu aplikasi tersebut tidak mempunyai masalah sepeti virus,malware,konflik dan sebagainya.
4. Muat turun aplikasi yang anda rasa perlukan dan yang berbaloi untuk anda sahaja. Jangan tamak.
5. Lihat perisian yang berkaitan atau yang mempunyai persamaan dengan aplikasi yang ingin dimuat turun.Tujuannya,berkemungkinan ada aplikasi lain yang boleh dimuat turun dengan percuma dan lebih baik dari aplikasi yang diberikan oleh pihak Giveawayoftheday.
6. Pasangkan (Install) dalam masa 24jam!
Penting juga untuk diingatkan yang pihak Giveawayoftheday tidak memberikan apa-apa bantuan tambahan dengan perisian atau aplikasi yang anda muat turun. Tiada bantuan “support“!. Dengan itu amat penting untuk anda mengunjungi laman web pemilik perisian/aplikasi tersebut untuk mendapatkan informasi tambahan.
Sekiranya anda ingin mengetahui apakah perisian yang akan anda dapati secara percuma, selalulah mengujungi laman web Giveawayoftheday atau lihat pada ruangan disebelah kanan anda. Ruangan tersebut saya ujudkan khas untuk Giveawayoftheday!
Jadi apa tunggu lagi ,muat turun sekarang!








