Mentor Senyap
9 03 20101. Dalam Perniagaan Internet seseorang itu sukar untuk berjaya tanpa mengetahui selok-belok perniagaan yang diceburi.
2. Mengikut hasil kajian beberapa ahli perniagaan internet hanya 2 % sahaja yang berjaya mencapai tahap yang selesa sebagai Usahawan Internet.98% lagi masih dalam tahap mencuba,adajuga yang tak dapat bertahan setelah berjaya sekali dua.Ada juga yang tak aktif langsung.
3. Ilmu perniagaan internet sebenarnya sukar diperolehi dari mana-mana institusi pembelajaran secara formal.Pendidikan dalam Perniagaan Internet sebenarnya diperolehi secara tidak secara langsung atau dalam bahasa inggeris “informal”.
4. Kita memerlukan mentor dalam kehidupan sehari-harian. Seorang anak selalunya menjadikan ibubapanya sebagai mentor dalam proses pembesaran dan kehidupan mereka.
5. Bagi pelajar sekolah kejayaan beberapa pelajar seperti Nik Normadiha dan Azali Azlan menjadi mentor dan pendorong kepada mereka.
6. Ada sesetengah kumpulan kugiran menjadikan kumpulan Search sebagai mentor mereka.
7. Kelansungan dari sini saya rasakan kita memerlukan mentor dalam perniagaan internet dan apa jua bidang yang kita ceburi.
8. Bagaimana nak mencari mentor yang sesuai dengan apa yang kita inginkan?
9. Mencari mentor adalah berdasarkan minat dan kecenderungan kita. Jangan salah mencari mentor akibatnya akan menyukarkan kita kelak.
10. Ada yang mengatakan untuk mendapatkan mentor dan guru yang dapat mengajar kita selok belok perniagaan internet agak mahal. Saya tak menyangkalnya khasnya bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini.
11. Di sini saya syorkan anda menggunakan cara saya yang saya gunakan sejak kebelakangan ini iaitu “MENTOR SENYAP”. Melaluinya anda tak perlu mengeluarkan modal dan bayaran yang mahal malah percuma.
12. Apa dia “MENTOR SENYAP”?. Mentor senyap ialah sesorang yang berjaya dalam bidang mereka yang kita anggap sebagai mentor kita dan kita mengikutinya secara total tanpa beliau sedari. Kita mempelajari selok belok perniagaannya dan corak perkembangannya dalam setiap peringkat.
13. Mentor secara senyap adalah denga melihat dan mengikuti juga memahami perjalanan seseorang yang ingin kita jadikan mentor.
14. Dalam hal ini anda hendaklah pastikan apa yang anda ingin secara khusus. Contohnya anda lebih cenderung kepada perniagaan internet berbentuk affiliate. Maka mungkin “rajaaffiliate” adalah mentor anda?
15. Lihat dan bacalah blog beliau. Tengok cara beliau berblog. Perhatikan teknik pemasaran beliau.
16. Cari link-link berkaitan dengan beliau. Sertai beliau dalam facebook,twitter dan sebagainya .
17. Penting agar anda tidak tersasar . Jangan menjadikan mentor terlalu ramai . Cukup 1 ,2 atau 3 orang dalam bidang yang sama.
18. Anda juga harus mencari mentor yang tak kedekut dengan ilmu dan sedia memberikan ilmu pengetahuannya bila-bila masa. Bagaimana nak mengetahuinya? Lihat sahaja blog dan produk-produk mereka. Perhatikan artikel-artikel mereka. Sertai mereka dengan mengajukan pertanyaan dan membeikan komen yang baik dalam blog mereka atau forum yang mereka sertai.
19. Teknik inilah saya gunakan untuk mempelajari Perniagaan Internet secara tidak formal.dan percuma. Antara mentor yang kerap saya ikuti ialah Frank Salinas , James O’Reilly , Zamri Nanyan dan Amirol Zolkifli .
20. Jadi siapakah mentor anda?








